

|
My Profile Masa itu Emas Happy :) My wishlist! Credits!
| Setelah 6 bulan :D![]() Hai semuaa nyaaaa . Setelah 6bulan tak update blog pinkish aku ni baru hari ini boleh update. Yaaaa semestinyalah banyak bebenor story nak update. Right now kita story one-by-one okayhh. Dont worry masa sangat panjang untuk aku nak ceritakan semua kisah sem 1 aku dekat UITM Arau sebagai budak ladang. Yeahhh,sebab apa masa panjang? Sebab Im on semester break uolss. Hahahaha Okay uolss semua ceritanya bermula begini pada 7/6/2014 iaitu hari isnin bermulalah hidup aku sebagai seorang pelajar UITM Arau,Perlis dan semestinya budak ladang. Yeahh !! Dugaan yang harus aku dan keluarga aku hadapi masa nak hantar aku haritu ialah jalan sesakk. Gila kau dari stesen keretapi Arau sampai UITM Arau uhh kereta beratur gila panjang.Itulah keadaan kalau nak daftar tak kira lah sekolah rendah ka sekolah menengah ka universiti semuanya sama jaa pasti akan mengalami keadaan sama macam itu jugak.Setelah sampai ke destinasi aku diberikan kunci bilik yang bernomber DA 2031. Masa first time jejak kaki dekat kolej Dahlia mestilah rasa takutkan ? Takut tak dapat sesuaikan diri ?Takut dapat roomate yang perangai tak elok? Huishh macam-macam dalam kepala otak aku ni haaa. Setelah masuk sahaja dalam bilik roomate aku dua-dua dah sampai tapi depa tadak dalam bilik.So nak tak nak aku kena la ambil katil atas sebab dalam bilik tu hanya ada satu katil single dan satu lagi katil double yang dua tigkat tuuu. So setelah selesai ibu ayah aku hantar sampai ke bilik giliran aku pula hantar depa balik . Hahahaha lepas ja depa balik aku terus naik bilik terus p mandi. Dah habis mandi roomate aku yang duduk katil bawah aku pun sampai.Nama dia Nur Atiqah budak Dip Sains yang akan transit pergi ke Tapah. Ouhhh dalam hati aku berkata "budak pandai rupanyaa"Hahahaha. So lepas beberapa minit berkenalan dengan Tiqah roomate aku seorang lagi masuk.First impression aku terhadap dia ialah "Mak aii gilaa matang dia nie".Well seriusly muka dia nampak matang gilooo.Nama dia Nursyazwana Aida budak Dip sains jugak. Mula-mula takut jugak aku nak duduk dengan budak pandai ni maklumlah aku pun tak lah pandai mana sangat pun kan ? Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.Tapi yang paling aku tak suka ialah MDS siotttt !! Apakah MDS ? Haa MDS ni macam hari orientasi dekat sekolah tu dia bagi ceramah la suai kenal dengan pensyarah. Well semua itu normal lah kan just yang aku tak suka bila kena jalan kaki pergi dewan dan dewan siswa tu pula panas yanggggg amat!! Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang dialami oleh kami masa itu.Dah la jalan kaki berpeluh-peluh sampai ja dewan siswa ingatkan nak rasa kipas ka aircon ka tapi habuk pun tadak sebab kipas dia hanya ada tepi kiri kanan sahaja . Siapa yang duduk tengah-tengah tuu nasib lah kan. Pelajar lelaki untung arhh duduk dekat Dewan Sri Semarak ada aircon pula tu dalam dia , jalan puntak payah jauh-jauh . Time tu memang sakit hati gila arh tapi nak buat macam mana pelajar perempuan banyak sangat sampai dua ribu lebih haaa. So nak tak nak kena la masuk dewan siswa tuuu.Nasib lah MDS kami hanya 3 hari woihh sebab kami lambat masuk disebabkan SUKMA hari tuu. Tiga hari ja pun dah seksa bagi aku laaa.Hahaha Masa hari kedua MDS kak-kak fasi pecahkan kumpulan ikut course sebab nak tunjukkan bilik yang akan kami gunakan masa kelas esok. Mula-mula aku ingatkan budak perempuan sikit lah kan dalam course ladang ni rupa-rupanya ramai gilaaa uolss. Dan yang paling aku terkejut lelaki hanya ada 18 orang sahaja. Hahahahaha apakah yang telah berlaku disini? Kemana pergi semua lelaki ? Dah pupus ke ? Hahahahahahaha Tak sangka pula sampai jadi macam itu sekali bayangkan perempuan sampai 120 orang woihhh.Haishh nampaknya lelaki makin malas ya sekarang. *justjoke*. Masa dekat sana first person yang aku kenal dalam course ladang ni ialah Nur Adilah Akmar budak Perak ,Gerik. Start daripada tanya nama sampailah habis sem aku rapat dengan dia.Nak pi mana semua dengan dia kecuali tandas la nohh. Haha Kami dua duduk kolej yang sama iaitu Dahlia 2 cuma dia aras 1 aku pulak aras 2.Setiap kali nak p kelas mesti aku turun pi bilik dia sampai roomates dia pun kenal aku lahh senang cerita. Hahaha Sebelum masuk kelas kami diberi pilihan untuk pilih nak masuk group mana so aku pun pakat dengan ma(akmar)dengan jiha nak duduk satu group. So kami tiga orang pun pilih la group B.Semua sekali ada 4 group dari A sampailah D. Bila dah first time bersua muka mestilah semua pakat-pakat tak kenal kan ? So bermulah cerita demi cerita disebalik batch kami iaitu batch 82 dan group aku ATD1Bm. Okayh malam ni aku sambung update lagi noh. Nak makan dan rehat sat. So see you again tonight. Byee assalamualaikum. :D |