Kisah hamba Allah

" "


My Profile



Diaries Owner Love One Assalamualaikum,hai selamat datang ke blog saya.Just call me "Dona" Thank you:)


Masa itu Emas



Happy :)






Status : Saya akan cuba sedaya upaya untuk berjaya pada masa hadapan!


My wishlist!

Masuk U
Telefon Baru
Laptop Baru
Lesen Kereta
Kereta Baru
Sijil Diploma
Sijil Ijazah
Kerja Tetap
Kahwin
Melancong
Rumah sendiri


Credits!

Edit by: Timi
basecode: Nurul AtiQah
Re-edit: Daina Dalila
Others:   


Mencari kerja sambilan


Hai semua kita bersua kembali.
Well tak lama dah ni nak pi Perlis.
Sedang menghitung hari hahahaha lagi 15 hari kot xsilap aku.
Banyak benda dah bermain dalam fikiran aku ni.
Barang-barang pun dah hampir siap tinggal beberapa sahaja yang ayah aku suruh pi beli dekat sana.
Maklumlah dia takmau satgi kereta dia senget sebelah hahahaha.
Serius besar gila kot beg peti aku tu. Dah nak masuk 4 beg dah woihhhhh..
Adududu mampus lah kalau dapat bilik tingkat atas. Jenuh nak angkat ni aduyaii naya lah aku.
Okayh dah lari topik pula dah. Haha

Sekarang kita masuk topik yang sebenar-benarnya aku nak cerita hari ini. Hehehe
Nampak dak aku sedang mencari kerja sambilan sambil tu nak belajar .
Hoho semangat nak berniaga ni weyhh. Aku dah banyak cari dalam facebook dan google tapi alahai susahnya.
Aku nak jadi dropship ja tapi punya lah susah nak dapat.
Kali pertama dah gagal . Terasa macam pi minta kerja tapi akhirnya tak dapat.
Macam tu lah kecewanya aku bilaa dia cakap tak perlukan dropship.

Nak tahu apa itu dropship?
Dropship ialah satu kaedah berniaga dimana penjual (anda) tidak perlu menyimpan stok sesuatu
barang yang nak dijual atau tidak perlu modal utk berniaga.
Anda sebagai penjual hanya perlu memasarkan produk saja.
Kalau ada org nak beli, anda akan contact dropshipper (kami), dan kami akan
hantar brg terus kepada pembeli. Ketika itu anda akan diberi komisen atas jualan yg telah anda lakukan.
Anda tidak perlu tanggung kerugian kalau stok tak abis atau tak laku.
Tugas anda hanyalah mempromosikan produk fizikal dimana2 laman web atau sosial seperti di facebook, blog, website dan lain2 cara yg boleh meningkatkan jualan anda dengan harga runcit.

Haaa itulah maksud dropship. Sebenarnya mula-mula aku pun tak berapa tahu sangat tapi bila dah cari dekat google ni bru tahu :D
Lagipun makcik aku yang offer suruh aku jadi dropshp kawan dia . Kawan dia jual produk kecantikan dan kesihatan.
Bila aku fikir balik kalau produk macam tu orang muda maksud aku budak sekolah jarang sangat na beli.
Friendlist dalam facebook aku boleh katakan 98% semuanya masih sekolah atau sambung belajar.
Humm sebab itu aku fikir nak berniaga tudung atau shawl atau baju korea ja.
Kalau yang itu insyallah boleh maju kot hahaha sebab ekarang ni semua nak bergaya sakan kan ? Hoho

Takpa buat masa ini aku akan teruskan pencarian aku sampai dapat.
Insyallah boleh kot sebab kalau aku ada income sendiri tak payah la susahkan ibu dan ayah aku dah asyik masukan duit ja.
Aku nak juga berdikari dan berusaha atas usaha aku sendiri . Takkan umur dah meneingkat masih nak duduk bawah ketiak mak kan ?
Yaaa daripada duduk Universiti ini lah aku akan belajar berdikari untuk menjadi lebih matang :)
Kadang-kadang terasa seram juga sebab selama ini aku asyik bergantung dekat ibu dengan ayah aku ja.
Mulai bulan depan semuanya akan berubah insyallah .
Kita hanya mampu berdoa kepadaNya supaya semuanya berjalan dengan lancar.

okayh sampai sini sahaja cerita aku. Nanti kita sambung lagi okayh :')
Bye semua