Kisah hamba Allah

" "


My Profile



Diaries Owner Love One Assalamualaikum,hai selamat datang ke blog saya.Just call me "Dona" Thank you:)


Masa itu Emas



Happy :)






Status : Saya akan cuba sedaya upaya untuk berjaya pada masa hadapan!


My wishlist!

Masuk U
Telefon Baru
Laptop Baru
Lesen Kereta
Kereta Baru
Sijil Diploma
Sijil Ijazah
Kerja Tetap
Kahwin
Melancong
Rumah sendiri


Credits!

Edit by: Timi
basecode: Nurul AtiQah
Re-edit: Daina Dalila
Others:   


Harap tidak salah :D


Hai semua. Setelah lama tidak meng-update blog hari ini baru lah ada masa terluang sikit.
Tapi tak berapa nak sihat lah sebab sakit satu badan dah ni. Haha
Kelmarin punya lah teruja nak berkebun tu pun sebab ada kenduri kelmarin.
Maaf lah kalau aku tak jemput semua sebab buat kecil-kecil sahaja. :D

Okay now we enter the story for today tittle :D
Acece semangat nak speaking aihh maklum lah lepas ni aku nak pergi UITM Arau lah pulak.
Maaf lah matrikulasi Melaka aku telah buat keputusan nak pergi UITM Arau dalam bidang pengurusan ladang.
Yaaa itulah salah satu faktor aku berkebun semalam sebab nak pastikan aku dah terbiasa dengan semua benda ni.
Aku akan pastikan stamina aku setaraf dengan seorang lelaki. Jyeahhh
Mulai minggu ni akan mula berjoging supaya tak cepat penat atau letih kalau dah masuk ladang nanti hehe.
Ramai orang tanya kenapa aku tak pilih matrik ? Kenapa nak pilih ladang ni jugak ?
Hmmm well hampa takkan faham perasaan aku sebab hanya aku seorang sahaja yang alami benda ni.
Yes ramai cakap tak cuba belum tahu mana nak tau aku boleh buat ka dekat matrik ni.
Masalahnya bukan aku tiada keyakinan diri tapi aku tahu kemampuan aku macam mana jadi hanya aku rasai semua benda ni.

Walaupun aku agak terkilan dengan kata-kata sebahagian orang tapi benda tu yang membuatkan aku lagi semangat nak pi sana.
Aku akan buktikan yang perempuan pun boleh larhhh :P
Tolong lah jangan pandang rendah dekat aku sebab badan aku kecil .
Kecil-kecil cili padi okayhh . Hehehe
Kalau aku tak puji diri sendiri siapa lagi kan nak puji? Hoho
Dalam-dalam ramai orang meragui kemapuan diri aku ramai juga yang sokong aku dari belakang termsauklah ibu ayah aku.
Sebab itu la aku sangat menyayangi mereka :D
Ayah aku lah orang yang pertama suruh aku pi UITM tu. Hhehe
Sebab ayah aku jugak lah aku isi pengurusan ladang masa UPU hari itu.
Tapi tak sangka pula dapat kan ? Alhamdulillah rezeki aku.
Ibu aku cakap aku perlu bersyukur sebab ramai yang isi UPU tu tapi tak dapat pun.
Aku ada jugak cari dekat 'google' tentang peluang perkejaan yang boleh aku ceburi nanti .
Insyallah aku dah nampak banyak tempat dia. Ada FELDA,SIME DARBY,dan MARDI.

Kak Aina pun ada nasihatkan aku juga kalau duduk dekat U nanti pastikan dapat DEKAN .
Wuu insyallah kak Aina akan Hadaina cuba semampu mungkin untuk capai semua itu.
Maksud DEKAN itu mula-mula aku pun taktau tapi bila kak Aina terangkan baru aku faham.
Maksud dia ialah siswa yang dapat pointer 4 flat . Hoho
Akan aku cuba untuk dapatkan gelaran itu yeahhhhh. :D

Ya Allah sekiranya UITM Arau tempat aku menimba ilmu kau redhailah setiap apa sahaja yang aku lakukan dan jauhkan lah aku daripada segala perkara yang tidak diingini semasa aku berada disana ya Allah . Amin

Okayh lah sampai sini sahaja cerita aku naih.
Nanti aku sambung lain okayh .
assalamualaikum bye-2 semua